MENDAPATKAN pelanggan bukanlah tugas mudah, lebih-lebih lagi dalam bidang jualan kenderaan terpakai (used car) yang sememangnya sengit dan penuh persaingan.
Selain perlu melayan pelbagai kerenah pelanggan yang belum tentu berakhir dengan pembelian, para penasihat jualan (SA) juga terpaksa berhadapan dengan individu yang cuba mengambil kesempatan demi kepentingan peribadi.
Terbaharu, seorang penasihat jualan kereta terpakai meluahkan rasa terkilan apabila wang komisennya cuba ‘diperas’ individu yang bertindak sebagai perantara kepada pembeli kereta.






