INISIATIF Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKasih sememangnya membantu meringankan beban kewangan rakyat, khususnya untuk mendapatkan barangan keperluan harian.
Bagaimanapun, bantuan itu tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk mengambil kesempatan terhadap orang lain, termasuk ahli keluarga sendiri.
Situasi itulah yang dikongsikan seorang wanita apabila meluahkan rasa kurang senang terhadap sikap kakak iparnya yang selamba mahu menggunakan bantuan MyKasih miliknya.
“Kakak suami aku pernah minta guna MyKasih sebab nak beli barang keperluan anak dia. Dia kata peruntukan bahagian suami dia dah habis beli keperluan anak,” kongsinya di Threads.

Inisiatif kerajaan menerusi MyKasih sememangnya meringankan beban kewangan lebih-lebih lagi bagi golongan berpendapatan rendah. -Gambar hiasan AI
Menurut wanita tersebut, dia bagaimanapun menolak permintaan kakak iparnya itu kerana beranggapan bantuan tersebut adalah haknya sendiri.





