RUMAH sepatutnya menjadi ruang paling selesa untuk berehat dan menikmati privasi bersama keluarga selepas penat menjalani rutin harian.
Namun, seorang wanita meluahkan rasa kurang selesa apabila kakak iparnya terlalu kerap datang melepak di kediamannya sehingga berlarutan sampai lewat pagi.
Menurut pengadu, dia sebenarnya tidak mempunyai masalah untuk menerima kunjungan keluarga mentua, malah bersetuju apabila seorang lagi iparnya berhasrat menumpang mengadakan majlis perkahwinan di rumahnya.

Jangan sesekali mengambil kesempatan di atas kebaikan seseorang. -Gambar hiasan AI
“Ipar nak nikah dan nak tumpang buat majlis dekat rumah kami. Aku okay saja sebenarnya sebab dengan dia pun aku tak ada masalah besar.





