KESILAPAN semasa urusan pembayaran di kaunter bukanlah perkara asing dan boleh berlaku tanpa disedari, sama ada berpunca daripada kecuaian pelanggan mahupun juruwang.
Namun bagi seorang wanita, pengalaman berdepan situasi tersebut di sebuah pasar raya mengundang rasa amarah apabila juruwang enggan mengakui kesilapan biarpun bukti kecuaian sudah ada di depan mata.
“Al-kisahnya saya pergi beli barang. Masa nak bayar, dia dah scan semua barang. Tapi ada satu barang iaitu kambing perap dia scan paling akhir, lepas tu dia letak dekat bahagian belakang tempat dia berdiri.
“Aku ingat dia letak kambing tu kat situ sebab nak masukkan dalam beg plastik sebab barang basah. Lepas tu dia beritahu total semua dekat husband aku,” tulisnya dalam satu hantaran di Threads.






