MEMBERI peluang kedua kepada pasangan bukanlah perkara mudah, terutamanya apabila kepercayaan yang pernah dikhianati meninggalkan parut emosi mendalam.
Itulah dilema dilalui seorang wanita selepas mengetahui tunangnya mempunyai ketagihan menonton pornografi serta gemar melihat foto wanita-wanita cantik di media sosial.
Walaupun lelaki itu dikatakan bersungguh-sungguh mahu berubah selepas perbuatannya terbongkar, wanita berkenaan kini terperangkap dengan masalah keresahanserta hilang keyakinan terhadap diri sendiri.






