KEWUJUDAN kandungan tidak bermoral yang dikongsikan secara terbuka di media sosial mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.
Perkara itu didedahkan seorang wanita yang terkejut selepas menemui perkongsian melampau dalam sebuah kumpulan Facebook, termasuk cerita berkaitan pengalaman hubungan intim.
Lebih mengejutkan, kumpulan itu secara terbuka berkongsi perbuatan terlarang sesama ahli keluarga.
Berdua-duaan bukan sahaja boleh mendatangkan fitnah tetapi boleh mengakibatkan berlaku zina. -Gambar hiasan AI





