SEORANG isteri meluahkan rasa kurang senang apabila suaminya yang bekerja sebagai mutawif iaitu pembimbing ibadah haji dan umrah ‘diganggu’ jemaah wanita selepas pulang dari Tanah Suci.
Menurut wanita itu, dia memahami kerjaya suaminya yang sering menjadi rujukan para jemaah tak kira lelaki atau perempuan, namun berpendapat ada batas yang perlu dijaga apabila melibatkan suami orang.
“Normal ke DM suami orang lepas urusan umrah dah settle? Saya faham, ramai impikan suami mutawif. Tapi lepas urusan umrah selesai, tak perlu DM suami orang secara peribadi.

Mengerjakan umrah dan ibadah haji merupakan impian semua umat Islam. -Gambar hiasan





