KASIH sayang dalam sesebuah keluarga bukanlah sekadar diukur menerusi kata-kata manis, sebaliknya ia lebih terserlah melalui pengorbanan dan sikap saling memahami antara satu sama lain.
Begitulah indahnya kisah yang dikongsikan seorang individu mengenai kejujuran adik perempuannya serta kemurahan hati abang mereka.
Perkongsian tersebut nyata menyentuh hati ramai kerana memaparkan bagaimana adik-beradik ini mengutamakan kebajikan keluarga, khususnya ibu mereka yang kini sedang uzur.






