BULAN Ramadan sepatutnya menjadi medan merebut pahala dan menghayati kemanisan ibadah bersama keluarga.
Namun bagi wanita ini, kehadiran bulan mulia itu terasa sedikit mencabar apabila terpaksa memikul tanggungjawab menguruskan rumah tangga sendirian tanpa bantuan suami selain perlu keluar bekerja.
Menerusi satu luahan di media sosial, wanita berkenaan berkata dia berulang-alik sejauh 120 kilometer untuk ke tempat kerja setiap hari, sedangkan suami hanya bekerja dari rumah (WFH).






