HASRAT seorang ibu kepada enam anak untuk membawa keluarganya berpindah ke Kuala Lumpur mencetuskan rasa bimbang ahli keluarga, lebih-lebih lagi apabila pendapatan bulanan yang dimilikinya cuma sekitar RM4,000.
Perkara itu didedahkan oleh adiknya sendiri menerusi satu hantaran di Threads, yang memaklumkan bahawa kakaknya merupakan sumber utama kewangan keluarga memandangkan si suami tidak bekerja dan hanya menguruskan anak-anak di rumah.
“Berbaloi ke kalau kakak aku nak pindah ke Kuala Lumpur dengan suami dan enam orang anak? Dia seorang je yang bekerja dengan gaji RM4,000 sebab suami tiada kerja.

Isteri melakukan tanggungjawab sebagai suri rumah selepas waktu bekerja. -Gambar hiasan AI
“Anak-anak semua dah bersekolah kecuali yang bongsu dan hanya ada sebuah kereta saja, aku bimbang takut dia tak cukup,” luahnya di Thread.





