PERPUSTAKAAN Awam Selangor (PPAS) Daerah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi, Selangor didakwa menggunakan papan tanda Bahasa Inggeris dengan perkataan ‘Library’.
Meskipun membawa maksud sama dengan perkataan perpustakaan, namun penggunaan bahasa selain daripada Bahasa Malaysia itu telah mengundang pertikaian dalam kalangan masyarakat yang menganggap ia sebagai satu bentuk penjajahan Barat yang masih bertapak dalam negara kita.
Malah, peranan pusat bacaan itu yang sepatutnya memartabatkan bahasa kebangsaan juga dikatakan telah lari daripada konsep asalnya kerana menggunakan bahasa asing.