KEHILANGAN teman hidup adalah satu ujian yang cukup berat, namun lebih memilukan adalah apabila segelintir masyarakat masih kurang memahami fasa sukar ini sehingga tergamak melemparkan kata-kata sinis tanpa memikirkan perasaan orang lain.
Lebih menyedihkan, ketika seorang balu sedang berusaha meneruskan kehidupan demi kelangsungan anak-anak, masih ada yang mempersoalkan tindakannya mencari rezeki sewaktu sedang menjalani tempoh idah.
Demikian luahan seorang wanita yang terkilan selepas disindir seorang kenalan ketika menerima kunjungan di rumahnya selepas pemergian suami.





