SINDIRAN kejam mengenai istilah mandul dan ‘kosong’ antara perkara paling sensitif dan sering dilalui oleh sesetengah wanita yang masih belum dikurniakan rezeki zuriat.
Seorang wanita tampil berkongsi pengalaman pahitnya apabila dia yang sudah hampir tujuh tahun berkahwin dan gigih berjuang mendapatkan cahaya mata, berdepan sindiran berbisa ketika menziarahi sepupu suaminya yang baru sahaja selamat melahirkan anak.
Menurut wanita berkenaan, pada mulanya dia berasa sangat teruja dan gembira apabila suaminya mengajak ke rumah sepupu mereka itu.
Namun jangkaannya meleset sama sekali apabila kunjungan tersebut bertukar menjadi medan sindiran hanya kerana dia belum pernah mengandung.

Setiap wanita berkahwin sentiasa mengimpikan mempunyai zuriat sendiri. -Gambar hiasan AI





