JANJI temu pertama yang diharapkan menjadi detik manis bertukar pahit dan memalukan buat seorang lelaki apabila niatnya untuk membahagikan bill makanan (split bill) menerima reaksi tidak disangka.
Menerusi satu perkongsian yang tular di media sosial, lelaki ini menceritakan pengalamannya pulang daripada blind date bersama seorang wanita yang baru dikenalinya menerusi aplikasi Snapchat.
Menurutnya, janji temu itu bukanlah seperti pertemuan sebagai pasangan bercinta, sebaliknya sekadar ajakan makan bersama.






