INDIVIDU yang pernah tinggal menyewa pasti mempunyai pengalaman tersendiri, sama ada lucu, menyenangkan ataupun sukar dilupakan kerana terlalu pelik bersama rakan seerumah.
Di Threads, seorang wanita berkongsi kisah tidak dapat dilupakan mengenai bekas rakan serumahnya yang didakwa sanggup menduplikasi kunci kereta milik seorang lagi housemate mereka sebelum menggunakan kenderaan tersebut tanpa pengetahuan selama beberapa bulan.
Menurut wanita itu, kejadian tersebut berlaku ketika dia menetap di Kuala Lumpur dan menyifatkan individu berkenaan sebagai antara rakan serumah paling pelik pernah ditemuinya.






