ADAB dan etika ketika melakukan urusan rasmi merupakan kriteria utama yang perlu diberi perhatian serius, terutamanya apabila ia melibatkan permohonan pekerjaan atau latihan industri.
Di Thread, seorang pegawai sumber manusia (HR) mendedahkan sikap calon pelatih industri (internship) yang dianggap tidak menjaga bahasa ketika berkomunikasi dengannya menerusi e-mel.
Dakwanya, individu tersebut langsung tidak menggunakan format salutasi yang rasmi ketika membalas e-mel, sekali gus membuatkan dia berasa kecewa.






