SAMBUTAN hari raya di taska atau tadika pasti dinanti-nantikan oleh anak-anak kecil kerana dapat meraikannya bersama rakan dan guru.
Ibu bapa pun tidak terkecuali teruja malah dengan senang hati dapat menyediakan pelbagai juadah untuk dikongsi bersama.
Namun perselisihan faham antara pihak sekolah dan ibu bapa tentang persediaan acara boleh merosakkan ‘mood’ seperti yang berlaku kepada wanita ini.
Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh
Berkongsi cerita, ujar wanita ini, dia mengakui terkejut apabila menerima mesej lanjutan yang menyatakan majlis hari raya di taska anaknya, dibatalkan.

Jamuan raya secara potluck lebih meriah dengan pelbagai juadah. -Gambar hiasan
“Taska nak buat jamuan raya minggu depan dan seperti jamuan sebelum ini, jemputan ibu bapa kepada anak di taska sahaja.
“Makanan jamuan lebih kepada potluck, tiada paksaan dan bawa pun bukan kuantiti yang banyak.
“Semua ibu bapa dah teruja, tiba-tiba dapat WhatsApp dari guru yang jamuan raya dibatalkan,” luahnya di Threads.
- Jamuan raya taska hampir dibatalkan akibat rungutan seorang ibu bapa.
- Individu itu persoal majlis tak dibincang dan isu cuti raya.
- Pihak taska umum pembatalan hingga ibu bapa lain kecewa.
- Undian dibuat, majoriti setuju jamuan diteruskan.
- Netizen harap ibu bapa lebih toleransi demi anak-anak.
Mendedahkan punca rancangan tersebut dibatalkan, ujar wanita ini, ia disebabkan terdapat salah seorang ibu bapa murid yang tidak berpuas hati.
Menurutnya, individu tersebut mempersoalkan kenapa penganjuran majlis berkenaan tidak dibincangkan terlebih dahulu dengan ibu bapa.
“Dia cakap kenapa tak fikir parents dah gaji ke belum dan siap cakap dahlah bantai cuti raya seminggu, patut survey dulu dengan parents, tak fasal kena ikut cuti you.
“Aku ni jenis suka explore takwim, jadual makan semua, jadi memang dah alert yang cuti raya seminggu. Siap-siap rancang dengan suami, kalau tak dapat cuti, bergilir-gilir untuk jaga anak.
ARTIKEL BERKAITAN: Tadika anak tenggelam banjir, wanita sedekah menu ‘potluck’ raya sesama jiran… Jenuh makan sampai malam
ARTIKEL BERKAITAN: Cikgu minta RM10 untuk jamuan raya, mak ayah ‘bising’ mahal siap nak pontengkan anak! Padahal jenis suka semua ‘free’
“Tak tahu pula ada yang marah-marah pasal perkara tu,” tambahnya yang beranggapan pihak taska terasa hati dengan sikap individu tersebut sehingga membatalkan jamuan raya.
Berpandangan tindakan individu tersebut agak keterlaluan kerana konsep jamuan adalah secara ‘potluck’, ujar wanita ini, dia sekali lagi dikejutkan dengan mesej terkini pihak taska.
Ia berikutan, selepas beberapa minit mengumumkan pembatalan, pihak taska tampil dengan undian sama ada ingin meneruskan jamuan raya atau sebaliknya.

Antara reaksi netizen berhubung isu dibangkitkan wanita tersebut.
“Jadi tiga per empat mahu jamuan diteruskan tapi tiada mengundi dibatalkan. Kalau kita memang jenis suka jamuan-jamuan potluck ni, kongsi-kongsi rezeki, memang excited nak join,” jelasnya yang turut gembira apabila jamuan diteruskan.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen berharap ibu bapa perlu mempunyai sikap toleransi yang tinggi dan sanggup berkorban demi anak-anak.
“Kami berdua adalah ibu bapa yang sangat teruja apabila ada jamuan raya atau apa-apa.
“Parents sekarang sangat manja, bukan anak yang manja. Orang dah send takwim sekolah yang dirancang selama setahun, bukan last minute,” demikian reaksi netizen.





