HASRAT menimang cahaya mata selepas sekian lama menunggu bertukar menjadi pengalaman sukar dilupakan apabila seorang wanita mendakwa ditipu individu yang dianggap seperti adik sendiri.
Menerusi luahan di media sosial, wanita itu berkata rakannya sebelum ini berjanji mahu menyerahkan bayi bakal dilahirkan untuk dijadikan anak angkat kerana mengetahui dia sedang berusaha mendapatkan zuriat.
Menurutnya, dia begitu teruja sehingga membeli pelbagai barangan bayi selain membantu rakannya yang sedang berdepan masalah rumah tangga.

Pasangan TTC pastinya sensitif setiap kali disentuh isu melibatkan zuriat. -Gambar hiasan AI





