DIDIKAN yang terlalu tegas oleh sesetengah ibu bapa kadangkala boleh membuatkan segelintir anak-anak berasa tertekan hingga terpaksa menipu demi menutup kesalahan sendiri.
Begitulah kisah pengajaran dikongsikan seorang gadis tentang rakannya yang membesar dalam sebuah keluarga terlalu tegas sehingga sanggup berbuat apa sahaja termasuk mengorbankan orang lain kerana takut dimarahi.
Menurut gadis ini, bapa rakannya itu seorang yang amat mementingkan agama dan menetapkan pelbagai peraturan ketat di rumah.

Ibu bapa perlu bertegas dengan anak-anak bagi tujuan mendidik tetapi jangan sehingga mendera mereka. -Gambar hiasan AI





