TANGGUNGJAWAB mencari nafkah sememangnya menjadi antara amanah terbesar buat seorang suami bagi memastikan keluarga tercinta dapat menjalani kehidupan yang selesa, stabil dan sejahtera.
Namun di sebalik tuntutan murni itu, seorang individu tampil meluahkan rasa kecewa yang mendalam apabila bapanya memilih untuk berhenti kerja sebagai pensyarah, ketika adik-beradiknya masih kecil dan sedang bersekolah.
Menerusi perkongsian yang tular di media sosial, ramai warga maya terkejut selepas individu itu mendedahkan punca sebenar mengapa bapanya membuat keputusan drastik sedemikian.

Pergolakan dalam keluarga boleh mengganggu emosi anak. -Gambar hiasan AI





