HASRAT seorang lelaki menamatkan zaman bujang tidak kesampaian apabila bakal isteri tiba-tiba mahu hubungan diputuskan hanya beberapa bulan sebelum majlis perkahwinan berlangsung.
Dia mengakui sudah membayangkan betapa dirinya bahagia pada majlis itu yang akan berlangsung beberapa bulan saja lagi, dengan rakan-rakan juga tidak sabar untuk hadir meraikan hari istimewanya.
Namun pengalaman pahit yang terjadi kepadanya sebagaimana diceritakan di Thread ini membuatkan dia tidak akan percaya lagi kepada kaum wanita.





