TIADA mana-mana ibu pun dalam dunia ini yang mahu melihat anak-anaknya membesar dalam kancah dosa sehingga dipandang serong oleh masyarakat sekeliling.
Namun, seorang wanita di Thread meluahkan kebimbangannya selepas mengesyaki anak lelakinya yang berusia 13 tahun memiliki kecenderungan seksual berbeza.
“Saya rasa anak lelaki saya gay. Dia anak kedua daripada tiga beradik. Dia satu-satunya anak yang berperangai baik, paling rajin beribadah, sabar dan memberi perhatian kepada ibunya.

Anak yang menunjukkan personaliti berbeza tidak wajar disisihkan oleh ahli keluarga. -Gambar hiasan AI





