MEMBAHAGIKAN masa antara tuntutan kerjaya dan cabaran fizikal ketika berbadan dua bukanlah satu perkara yang mudah buat wanita berkerjaya.
Seorang wanita hamil meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa doktor lelaki yang ditemuinya menegaskan bahawa kehamilan bukan alasan untuk mendapatkan cuti sakit (MC).
Menceritakan apa yang berlaku, wanita itu berkata dia berkunjung ke sebuah klinik selepas mengalami kekejangan pada bahagian pinggang sehingga ke kaki ketika bangun untuk pergi bekerja pada waktu pagi.

Budi bicara diperlukan bagi membolehkan wanita hamil mendapat cuti sakit. -Gambar hiasan AI





