SEORANG lelaki tidak dapat menyembunyikan rasa tertekan apabila sebuah kereta yang dihadiahkan sebagai tanda penghargaan buatnya, kini bertukar menjadi bahan ungkitan setiap kali timbul isu berkaitan bayaran dan penyelenggaraan kenderaan tersebut.
Membuka cerita tentang kesedihan yang ditanggung, pemuda ini menjelaskan kereta tersebut dibeli oleh ibunya dan didaftarkan atas namanya selepas dia banyak membantu menjaga bapanya yang menghidap kanser serta menguruskan keluarga.
“Mak ada belikan aku kereta dan daftarkan atas nama aku disebabkan aku jaga ayah masa dia sakit kanser.





