MENYAMBUT hari lahir bersama rakan sekelas pastinya menjadi antara kenangan paling indah buat kanak-kanak.
Namun, kenangan yang sepatutnya menggembirakan itu bertukar menjadi pengalaman yang sukar dilupakan buat seorang murid Tahun Satu.
Menurut si ibu, dia terkejut apabila mengetahui punca wajah anaknya kelihatan begitu sedih di dalam gambar, sedangkan sambutan itu diadakan selepas mendapat kebenaran daripada guru kelas.

Kanak-kanak golongan paling gembira setiap kali menyambut hari lahir. -Gambar hiasan AI
“Anak nak sangat sambut sebab kawan-kawan lain ramai yang buat majlis dekat sekolah juga. Minta izin guru kelas, dia benarkan.





