KEMAHIRAN menyiang ayam dan membersihkan ikan dianggap antara perkara asas penting di dapur, namun hakikatnya tidak semua individu tahu melakukannya.
Pengalaman itulah yang dilalui seorang lelaki apabila meluahkan rasa terkejut dan hairan selepas mendapati sebilangan wanita dalam kumpulannya langsung tidak tahu menyiang kedua-dua bahan mentah berkenaan.
Menurutnya, situasi itu berlaku ketika mereka mengadakan aktiviti barbeku sebelum tugas menyediakan makanan dibahagikan sesama ahli kumpulan.






