SUDAHLAH perlu menanggung pelbagai komitmen termasuk sewa rumah, bil utiliti serta barangan dapur keluarga, seorang anak sulung kini semakin tertekan apabila diminta pula membuat pinjaman perumahan untuk adiknya.
Lebih menggores hati, arahan yang diberikan ibunya itu adalah untuk kesenangan adik perempuan yang sudah mendirikan rumah tangga.
Bukan itu sahaja, si ibu memberi alasan tidak membenarkan anak bongsunya membuat pinjaman sendiri kerana bimbang wanita itu mempunyai pelbagai komitmen kewangan lain pada masa hadapan.






