MENDIDIK anak-anak sememangnya bukan tugas mudah, lebih-lebih lagi dalam era media sosial dan pengaruh gaya hidup moden yang semakin mencabar.
Walaupun sudah dibekalkan dengan didikan agama sejak kecil, perubahan sikap yang drastik apabila meningkat remaja tetap mampu meragut ketenangan jiwa ibu bapa.
Seorang ibu mengakui dia dan suami kini berdepan kebimbangan terhadap perubahan sikap anak sulung mereka yang kini berada di Tingkatan Lima.
Meluangkan masa dengan makan bersama-sama merupakan antara cara untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. -Gambar hiasan AI





