ISTERI mana sanggup melihat pekerjaan suami dipersendakan di hadapan orang ramai, apatah lagi perkara itu dilakukan oleh ahli keluarga sendiri.
Seperti mana dialami wanita ini, kesedihan menyelubungi hatinya apabila pekerjaan suaminya sebagai peguam sering dijadikan bahan gurauan keluarga mentuanya sendiri.
Kata wanita itu, panggilan ‘lawyer buruk’ sering dijadikan ejekan atau gurauan yang secara tidak langsung menghancurkan hatinya sebagai seorang isteri.






