MENJADI kebiasaan sesetengah perniagaan menutup premis mereka untuk sementara bagi membolehkan staf menunaikan solat.
Bagaimanapun seorang wanita yang bekerja di sebuah butik terkilan dengan sikap sesetengah pelanggan yang tetap masuk walaupun notis sudah digantung di hadapan pintu.
Disebabkan itu, wanita itu terpaksa menangguhkan solat bagi melayani pelanggan selepas terdengar loceng pintu berbunyi walapun sudah lengkap memakai telekung.

Utamakan waktu solat walaupun dalam kesibukan bekerja. -Gambar hiasan AI





