KEPUASAN amalan mengutip duit raya dalam kalangan kanak-kanak nampaknya semakin pudar apabila ia dicemari sikap rakus segelintir ibu bapa yang pentingkan diri.
Menurut seorang wanita dia begitu terkejut apabila mengetahui tujuan sebenar seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun datang berkunjung ke rumahnya untuk beraya.
Segalanya terbongkar selepas wanita tersebut, yang merasa simpati menjemput kanak-kanak itu masuk dan menghidangkan kuih serta minuman.
“Saya sebenarnya kasihan dekat budak umur tujuh tahun tu. Tiba-tiba dia bagi salam. Dia cakap datang nak beraya… cuma nak duit raya je.






