BUKAN semua perkahwinan berakhir dengan kebahagiaan seperti yang diimpikan kerana ada cabaran dan dugaan perlu ditempuh dalam menjayakan rumah tangga.
Seorang wanita terpanggil berkongsi pengalaman rakannya yang didakwa melalui pelbagai ujian dalam rumah tangga yang diharap dapat dijadikan pengajaran.
Ceritanya, rakannya itu sebenarnya sudah berdepan dengan pelbagai dugaan sebelum melangsungkan perkahwinan namun tetap meneruskan pernikahan kerana percaya lelaki itu akan berubah.






