KETIKA ini semua pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 sedang dalam proses pertimbangan langkah seterusnya dalam kehidupan mereka sama ada mahu melanjutkan pengajian atau terus mencari pekerjaan.
Nasihat dan pandangan daripada ahli keluarga termasuk ibu bapa menjadi panduan paling berguna dalam menentukan hala tuju masa depan.
Bagi gadis ini, dia berada dalam dilema untuk membuat keputusan selepas menerima pandangan dan cadangan kurang menyenangkan daripada ahli keluarga.






