NIAT mahu berkongsi rezeki dengan adik-adik akhirnya mencetuskan konflik kekeluargaan apabila tindakan itu dipersoalkan nenek sendiri.
Menurut gadis berusia 22 tahun itu, disebabkan mereka sekeluarga tinggal serumah termasuk nenek dan saudara lain, sebarang makanan yang dibawa balik sering menjadi perhatian.
Ceritanya, dia membeli empat batang aiskrim jenama terkenal semasa promosi ‘beli satu percuma satu’ (B1F1) di sebuah kedai serbaneka, selain satu lagi perisa secara rawak untuk lima orang adik-beradiknya.
Bagaimanapun, tindakan itu mengundang kemarahan neneknya yang mempertikaikan mengapa dia tidak belikan aiskrim untuk seluruh isi rumah, terutamanya cucu kesayangan wanita tua itu.

Menjaga hati setiap ahli keluarga agar tiada sesiapa berasa tersisih atau dipinggirkan bukanlah satu hal mudah. -Gambar hiasan AI
“Adik-beradik saya ada lima orang jadi cukup la aiskirim tu seorang satu. Tiba-tiba opah marah saya sebab tak belikan untuk satu rumah, khususnya dekat cucu kesayangan dia.





