Viral

Gaji 5 angka pun tak guna! Suami derita ‘dilenjan’ isteri penting diri, penat ulang-alik pergi kerja naik motor 180 km sehari

SESIAPA sahaja pasti berdepan tekanan emosi dan fizikal amat berat sekiranya dikurniakan pasangan yang bersikap pentingkan diri serta bertindak mengikut emosi semata-mata.

Begitulah nasib malang yang dilalui seorang lelaki apabila terpaksa menanggung kepenatan berulang-alik sejauh 180 kilometer (km) setiap hari demi menuruti kehendak isterinya.

Mengakui sudah terlalu lelah dengan rutin yang dijalani hampir setahun itu, bapa kepada dua cahaya mata ini meluahkan rasa hati untuk berhenti kerja walaupun meraih pendapatan lumayan mencecah lima angka.

“Disebabkan kerenah isteri, saya betul-betul rasa nak berhenti kerja. Biarlah tak dapat nak bayar komitmen atau hutang semua.

“Saya baru dapat gaji lima angka dan dah tanggung segala-galanya, tapi entah apa lagi yang tak kena,” luahnya di Threads.

Konflik antara suami isteri boleh berlaku disebabkan pelbagai perkara. -Gambar hiasan AI

Konflik antara suami isteri boleh berlaku disebabkan pelbagai perkara. -Gambar hiasan AI

Menceritakan perjalanan hidup yang dilalui sejak awal perkahwinan, ujar lelaki berusia 32 tahun ini, dia dan isteri pada awalnya tinggal di Kuala Lumpur kerana tuntutkan kerja.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh