BAGI sebuah keluarga yang normal, sosok seorang bapa bukan sahaja sebagai pelindung tetapi hero dalam keluarga.
Namun situasi berbeza dialami gadis ini yang menyifatkan bapanya berlagak seperti seorang ‘raja’ malah tidak pernah menjalankan tanggungjawab sepatutnya untuk isteri dan anak-anak.
Lebih teruk lagi, gadis itu mendedahkan perbelanjaan keluarga semuanya ditanggung oleh ibunya.






