BERMULA dengan hubungan cinta namun akhirnya ia bertukar menjadi mimpi ngeri.
Seorang individu berkongsi kisah pahit apabila ahli keluarganya pernah dituduh merogol oleh bekas teman wanita sendiri, sekali gus mencetuskan tekanan besar kepada tertuduh.
Insiden tersebut bukan sahaja mengejutkan keluarga, malah memberi tekanan besar kepada mereka yang terpaksa berdepan siasatan serta pandangan serong masyarakat.
Terdapat kes rogol bermula dari suka sama suka. -Gambar hiasan
“My siblings pernah kena (aniaya). Bekas teman wanita tuduh dia rogol,” katanya sambil memaklumkan kes itu berlaku sekitar 2003.





