MENJAGA orang sakit terutama warga emas bukanlah tugas yang mudah kerana ia menuntut kesabaran tinggi, pengorbanan masa serta komitmen yang bukan sedikit.
Gara-gara isu tanggungjawab ini, seorang wanita tampil meluahkan rasa terkilan dan amarahnya apabila adik kandungnya seolah-olah dipaksa untuk mengorbankan masa depan sendiri demi menjaga nenek mereka yang semakin uzur.
Menurut wanita itu, desakan melampau tersebut bukannya datang daripada ibu bapa mereka sendiri.
Sebaliknya daripada bapa saudara di sebelah bapanya yang cuba lepas tangan.

Anak perlu mengambil tanggungjawab menjaga ibu bapa yang terlantar. -Gambar hiasan AI
“Demi nak suruh jagakan mak dia (nenek kami), pakcik aku suruh adik berhenti belajar. Sedangkan setiap hujung minggu nenek selalu datang ke rumah kami.





