SEPULUH tahun tidak meraikan Hari Raya Aidilfitri membuatkan hati seorang gadis membuak-buak ingin merasai kemeriahan perayaan itu bersama keluarga.
Cerita gadis ini, puncanya disebabkan bapanya berkahwin dua ketika dia berusia enam tahun sebelum perkara itu dihidu ibunya empat tahun kemudian.
Sejak itu, ibunya enggan pulang meraikan lebaran di kampung sebelah bapa kerana berasa dikhianati oleh keluarga mentua yang tidak memaklumkan perkahwinan tersebut kepadanya.






