ALANGKAH hancurnya hati seorang wanita apabila kebahagiaan diimpikan selepas bergelar isteri bertukar kekecewaan apabila mengetahui suaminya menyembunyikan masalah kesihatan yang memberi kesan kepada hubungan rumah tangga mereka.
Menerusi satu perkongsian di Threads, wanita itu mendakwa suaminya hanya mendedahkan masalah mati pucuk sehari selepas mereka melangsungkan pernikahan pada Disember tahun lalu.
“Suami bagitahu dia ada masalah erectile dysfunction (mati pucuk). Dia cakap, nanti dia pergi klinik.






