BAGI sesetengah individu, ucapan ringkas sempena hari jadi atau meraih pencapaian tertentu mungkin dianggap sebagai perkara remeh atau tidak terlalu penting.
Namun bagi sesetengah yang lain, perkara kecil sebegitu cukup bermakna kerana ia menunjukkan tanda ingatan, keprihatinan dan penghargaan daripada insan terdekat.
Di Threads, seorang wanita meluahkan rasa terkilan selepas mendakwa individu dikenalinya tidak pernah mengucapkan selamat hari jadi kepada anaknya, sedangkan dia sentiasa mengingati tarikh istimewa anak individu berkenaan setiap tahun.






