URUSAN jual beli yang dilakukan tanpa sebarang dokumen atau bukti bertulis boleh mengundang pelbagai masalah, malah kesannya mungkin berlarutan sehingga bertahun-tahun.
Itu pengajaran dikongsikan seorang wanita mengimbau pengalaman neneknya yang didakwa kehilangan hak terhadap sebidang tanah gara-gara urusan jual beli hanya dibuat secara lisan.
Menurut wanita itu, neneknya membeli tanah di belakang rumah ketika berusia 18 tahun menggunakan hasil tangkapan ikan yang diusahakan arwah datuknya sebagai nelayan.






