SETIAP orang mempunyai minat dan cita rasa berbeza, namun perbezaan itu seharusnya dihormati terutama dalam sesebuah perhubungan.
Seorang gadis meluahkan rasa kecewa apabila hobi dan minatnya terhadap K-pop, anime serta menghadiri konsert dipersoalkan lelaki yang sedang dikenalinya.
Menurut gadis tersebut, lelaki berkenaan meminati dunia automotif seperti motosikal dan kereta.
Malah, individu itu juga baru sahaja menghadiri sebuah acara perhimpunan Yamaha RXZ.

Sebahagian individu sanggup berhabis demi kumpulan muzik yang diminati mereka. -Gambar hiasan AI
“Dah tiga hari aku pendam. Aku dalam proses mengenali seorang lelaki ni. Dia minat motosikal, kereta jadi aku okay je sokong apa yang dia minat.





