JIKA ditelusuri di media sosial, ramai individu berkongsi pengalaman berdepan gangguan seksual di tempat awam, sekali gus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.
Terbaharu, seorang wanita tampil menceritakan pengalaman tidak menyenangkan yang dialaminya ketika melakukan aktiviti riadah di sebuah taman rekreasi.
Menerusi hantaran di Threads, wanita tersebut berkata dia sama sekali tidak menyangka menjadi mangsa memandangkan dirinya mengenakan pakaian riadah yang sopan.

Mangsa gangguan seksual wajar mengambil tindakan tegas agar tidak terus dijadikan sasaran. -Gambar hiasan





