DIDIKAN agama yang dipupuk sejak kecil sememangnya menjadi benteng paling utama buat anak-anak, terutamanya sebagai persediaan sebelum mereka melangkah ke alam dewasa.
Namun perkara itu mencetuskan kebimbangan apabila seorang wanita mendedahkan kisah ustazah Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) yang menangis selepas mengendalikan ujian amali.
Menurutnya, ustazah berkenaan berasa amat sedih apabila mendapati ramai murid tersangkut dan gagal menjawab soalan-soalan asas dalam agama seperti Rukun Islam dan Rukun Iman.

UPKK membabitkan murid Tahun Lima yang mengikuti Kafa. -Gambar hiasan





