Viral

Didesak pulangkan motosikal, wanita merayu keluarga faham nasib suami nak cari rezeki – “Kami tengah susah, tunggu duit STR”

KEADAAN kewangan yang sempit sering kali menguji ketahanan pasangan suami isteri, terutama apabila terpaksa mengharapkan belas kasihan dan bantuan daripada keluarga sendiri.

Begitulah nasib malang yang menimpa seorang wanita apabila keluarganya seolah-olah kurang bersimpati dengan kesusahan hidupnya bersama suami yang kini terdesak untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Menurut wanita itu, dia memiliki sebuah motosikal tetapi rosak sebelum bapanya mengambil keputusan membaikinya menggunakan duit adiknya.

Masalah kewangan boleh menyebabkan setiap individu tertekan. -Gambar hiasan AI

Masalah kewangan boleh menyebabkan setiap individu tertekan. -Gambar hiasan AI

“Sebab tak mampu nak bayar balik, aku bagilah adik guna. Tapi tiba-tiba kami diuji pula apabila motosikal suami rosak dan kami langsung tiada duit nak baiki.

“Jadi kami ambil keputusan untuk ‘pinjam’ balik motosikal aku yang pernah dibaiki ayah tu untuk kegunaan suami,” katanya.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh