SEORANG lelaki menasihatkan ibu bapa yang membawa anak-anak ke masjid agar sentiasa memantau pergerakan serta tingkah laku mereka.
Menurutnya, kehadiran kanak-kanak ke masjid sememangnya digalakkan tetapi jika tidak dipantau ia akan mengundang masalah.
Dia kemudian berkongsi pengalaman rakannya yang menyaksikan kanak-kanak bermain dengan al-Quran tanpa ditegur ibu bapa.
Sebagai ibu bapa kita perlu menerima teguran orang lain berkaitan adab anak. -Gambar hiasan AI





