PADA usia yang sudah menginjak 40 tahun, seorang lelaki mengakui kini berada dalam dilema besar sama ada mahu meneruskan niat untuk bernikah ataupun tidak dengan wanita yang baru dikenalinya.
Bukan disebabkan tiada cinta, namun dia mula diselubungi rasa ragu-ragu selepas melihat sikap wanita itu yang didakwa culas dan seperti tidak ikhlas dalam menjaga batas aurat sebagai seorang muslimah.
Bagi lelaki matang ini, soal maruah dan pematuhan hukum agama bukanlah satu perkara remeh memandangkan ia bakal melibatkan tanggungjawab besar serta ‘saham’ akhiratnya sebagai seorang bakal ketua keluarga kelak.
“Adakah kalau saya tolak dianggap permainkan perasaan wanita? Kami belum ada ikatan halal, masih belum bertunang. Isu dia sekarang dia aurat pun dia tak mampu jaga… apa lagi mau jaga saya.

Berbincang dan toleransi penting bagi mengekalkan hubungan yang sejahtera. -Gambar hiasan AI
“Dia memang bertudung. Waktu kerja pun pakai tudung, keluar rumah pun pakai tudung. Cuma ada masanya dia post gambar tak pakai tudung di media sosial.





