SESIAPA sahaja pasti akan berasa terkilan dan luluh hati apabila melihat bekas makanan yang masih penuh dengan hidangan berkhasiat, dibuang begitu sahaja ke dalam besen besar.
Berkongsi situasi menyedihkan yang berlaku di sebuah sekolah, seorang wanita mendedahkan bahawa lambakan makanan yang dibuang itu adalah daripada Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang dikhususkan untuk murid daripada golongan berpendapatan rendah (B40).
Keadaan itu sekali gus menggambarkan usaha kerajaan untuk membantu anak-anak golongan rentan mendapatkan nutrisi terbaik pada hari persekolahan seolah-olah tidak dihargai.




