KEWAJIPAN menunaikan solat tetap perlu dilaksanakan oleh setiap umat Islam, meskipun sibuk menyempurnakan tugasan seharian di pejabat.
Bagaimanapun menurut seorang wanita, dia pernah ditegur oleh majikannya gara-gara mengambil masa kira-kira 20 minit untuk menunaikan solat ketika sedang bekerja.

Solat merupakan kewajipan buat setiap umat Islam. -Gambar hiasan
"Biasalah orang perempuan, 20 minit dalam bilik solat. Lepas tu, ada seseorang ni hubungi nombor telefon aku bertalu-talu. Dekat 30 kali.





